Sunday, December 05, 2010

Hari isnin yg hujan

Semenjak ku sudah hampir menamatkan diploma aku..Cuti seakan tiada penamat. Sama ada aku mahu sambung tahun hadapan atau tidak..hahah tetapi blog hari ini bukan cerita pasal diploma aku.hahaha

Hari ini hari isnin..
Aku bangun lambat skali pukul 2.00 pm baru bangun..haha mana tidak nya aku tidur pun pukul 5.30 pg..Memang burung hantu jadi nya.

Tanpa melewat kan masa..Aku bangun basuh muka ku..lalu buat milo ..(lapar doh). Aku duduk didepan pc sambil apakah yg menarik di FB ku..Sambil melihat di balkoni ni sebelah kiri ku. Aku melihat langit mendung seakan mahu hujan dan di temani angin yg tidak lembut dan tidak kencang..hahaha

Seminit selepas itu, abg aku mengajak ku solat sendiri hahaha >___<, lalu selepas solat. Hujan renyai mula turun, aku pun kembali ke pc ku dan mulai aku tersedar..Mama and adik-adik kecil ku di singapura,abah berkerja dan abang aku duduk dibilik.. patut la tenang semacam..selalunya bising semacam >__<..

Sekarang haha. Aku dihadapan pc ku mendownload movies, ber FB, menaip blog dan mendengar lagu... dan buat sekarang ini abang aku meminta duit untuk makan tengahari..ceh ingatkan nak belanja..

Rasa nya ini sahaja lah buat hari ini..haha lapar la pulak...


No comments: